Friday, December 24, 2010

baca la !!!

aku ada cerita nak disampaikan . tiba-tiba ja muncul idea ni masa tengah buat ole-ole biologi.

ada la seorang lelaki ni ,nama dia nawfal. masa sekolah dia ni tak la pandai sangat tapi kerana dia seorang yang aktif bersukan, dia sangat popular kat sekolah..tapi dia ni pendiam sikit sebab tu dia susah nak berkawan..kawan dia sorang ja iaitu, qalis.tapi kalau kat rumah tak dak dia memang sunyi..dia seorang yang taat kepada mak bapak dia..

perempuan ni pulak nama dia marlia, orang panggil lia. dia ni sangat pandai dan dia seorang teacher's pet. dia ni tak lah pendiam sangat,. agak ramah.. dia aktif sebagai pembahas dan seorang pengerusi pasukan forum sekolah sehingga peringkat kebangsaan.. semua orang senang dengan dia. dia ni sebenarnya syok dengan si nawfal tu, tapi kerana tak mau hampakan harapan mak bapak dia , dia sanggup ketepikan perasaan dia.

mereka satu kelas selama 2 tahun.

nak dijadikan cerita nawfal dan lia ni dijodohkan oleh mak bapak mereka yang sebenarnya sudah lama bersahabat dan baru berjumpa selepas nawfal dan lia melanjutkan pelajaran ke luar negara..mereka terjumpa dekat KLIA dan bersembang tentang anak masing-masing. dari situlah timbulnya rancangan mereka yang ingin mengahwinkan nawfal dan lia bila mereka habis belajar. ( aku rasa dijodohkan lebih baik dari cari jodoh sendiri )

semasa belajar di university of buckingham, lia selalu usha nawfal dari jauh.. prinsipnya tak ubah tak nak hampakan mak bapak. nawfal ni agak bengap la jugak sebab dia tak perasan langsung..lepas habis belajar mereka pun balik ke malaysia..

nawfal dan lia dimaklumkan yang majlis perkahwinan mereka akan diadakan dalam masa 2 minggu.. lia ni seorang yang tenang , dia tanya la mak bapak dia siapa lelaki bertuah tu. hati dia berbunga-bunga bila dengar mak bapak dia sebut nama nawfal.. terus setuju. mak bapak dia memang rasa pelik tapi seronok la sebab anak dia dengan senang hatinya setuju nak kahwin. nawfal pulak....tak setuju , alasannya dia tak kenal lia.
mak bapak dia agak kecewa dan dengan tak rasionalnya mak bapak dia mogok tak makan.. kerana terpaksa .. nawfal pun bersetuju.

majlis perkahwinan berjalan dengan lancar. walaupun dengan hati yang tak rela nawfal dah kahwin dengan perempuan yang dia tak kenal..

lia : mak awak cakap awak tak setuju kahwin dengan saya sebab awak tak kenal saya ??
nawfal : memang pun. saya tak nak seksa hati awak dan hati saya. tapi mak bapak saya paksa..apa boleh buat?
lia : ( dengan hampanya ) apa kata kita berkenalan sekarang ?
nawfal : awak tahu nama saya kan? nak kenal apa lagi?
lia : maksud saya kenal hati budi bukan dari segi nama ja.. kita satu universiti, awak  tahu tak?
nawfal : tahu tapi saya tak pernah perasaan awak pun. dah la saya mengantuk.
lia : ooo..ok assalamualaikum.
nawfal : waalaikummussalam.

hari-hari mereka sebagai suami isteri tak lah teruk, tak pernah bergaduh pun.tapi kekerapan mereka bersembang huisshhh.. boleh dikira dengan jari yang sepuluh ni.. sebenarnya nawfal ni seorang yang pemalu.. dia sayangkan lia sebab lia jaga dia macam putera  walaupun lia sangat-sangat lah sibuk sebagai seorang guru biologi.

satu hari lia terima surat. surat yang sangat tidak diingini oleh semua guru iaitu surat tukar sekolah... lia ditukarkan ke utara . runsing lia fikir patut ka dia pergi tapi demi anak bangsa dia pun setuju *terpaksa..

lepas bincang dengan nawfal, dia pun berkemas untuk berpindah jauh sejauh-jauhnya daripada suami yang dicintai selama berapa tahun entah.memang berat tapi bila difikir-fikir mungkin perpisahan ni boleh buat nawfal rindukan dia. ( bijak )

lepas hantar lia kat KLIA, nawfal buka tudung saji.. puhhhh!! ayam madu! lia sempat masak untuk nawfal..jatuh air mata lelaki nawfal bila terkenangkan lia ( rindu la tu ). lepas makan, nawfal kemas meja makan sebanarnya selama tak pernah dia buat keja-kerja mengemas ni sebab segala-galanya lia yang buat ( tu la lelaki ! ). masa dia nagkat pinggan ayam madu dia terjumpa sekeping sampul warna biru. warna kegemaran nawfal..nawfal dengan curiousnya membuka sampul tu. surat tu berlatarbelakangkan gambar kahwin lia dan nawfal. sekali lagi air mata nawfal jatuh..isi surat tu adalah...

assalamualaikum,
hey, awak dah makan ayam madu tu?? sedap tak? awak sebenarnya saya saja tulis surat ni sebab saya nak suarakan isi hati saya selama ni. awak tak ingat ka kita ni satu kelas masa form 4 &5? pelik lah awak ni ? saya tahu dulu saya gemuk sekarang saya kurus sebab tu awak tak perasan saya. penat saya cuba ingatkan awak tentang kita..saya selalu usha awak masa kat u dulu, tak perasan ka? saya yang jaga kedai dobi uncle sam.. ala kedai dobi yang awak selalu pergi tu.. awak tak ingat langsung ka? pelik pelik. awak tak perasan ka saya suka awak sejak kita sekolah lagi?? awak tak perasan ka saya suka bila saya setuju kahwin dengan awak ?? penat saya jaga awak macam putera sebab nak   tunjuk yang saya sayang awak sangat-sangat. ishhh, saya hampir putus asa.. ada juga saya tulis dalam diari saya yang saya hanya tunggu awak ceraikan saya. tapi lepas tu saya menyesal sangat.. sebab tu saya bakar diari tu..ingat tak diari yang kita dapat masa kita grad dulu ??tapi saya seronok sangat bila dapat surat tukar tu.. sebab nanti mesti awak rindu saya ?? hahhahhaahhaaahahhaaa..tapi belum saya sampai lagi saya dah rindu awak., tapi saya ingat pesan awak " ajar anak-anak murid saya supaya jadi macam kita . jangan fikir sangat apa yang awak rasa". betul tak ? dah la tu.. jangan makan luar selalu, kalau malas nak basuh baju hantar dobi ja. ok tata.


terkedu nawfal..dengan segera nawfal call bos dia dan minta ditukarkan ke kedah..

No comments:

Post a Comment