Friday, March 18, 2011

hari aku membuang masa.

hari ni aku on dekat cyber cafe bersama akak , kak long dan puteri. bukan buang masa tapi melarikan diri daripada homework yang tak jemu-jemu menghantui aku. itu ja aku nak taip . ok bye !!!

Sunday, March 13, 2011

umairah & qalis

mairah seorang 'player' . semua teman lelaki mairah tampan-tampan. tapi tak satu pun lekat..memang mairah main-mainkan lelaki tapi dia pun perlukan seorang lelaki *suami yang baik untuk bimbing dia ke jalan yang diredhai-Nya. lelaki itu ialah qalis. kekasihnya selama 9 tahun dan sudah putus dua tahun. setiap pagi mairah akan tatap gambar qalis sebelum pergi kerja.

pada suatu hari......
"mairah , sini !" arah ibu tirinya, zaidah.
mairah panik. sambil berjalan ke arah ibunya dia perah otak fikir apa salah yang dia buat tapi dah terlambat . ibunya bersuara "mairah, esok kamu ikut ibu pergi ambil qalis kat airport, dan lusa kamu nikah ." muka mairah merah, dada mairah berdegup kencang, rasa macam lantai ditarik dari kaki mairah.
 " dengan siapa ibu ?"
"dengan qalis la".
"tapi ibu ..."
"ibu tak nak dengar apa-apa bantahan dari kamu, ibu tahu hubungan kamu dan qalis sudah putus tapi ibu lebih suka kamu kahwin dengan qalis daripada lelaki lain"

qalis..9 tahun kita bercinta tapi putus sebab aku takkan kau nak nikah dengan aku ? ibu !! tolonglah faham.macam mana aku nak berdepan dengan qalis esok?? bisik mairah dalam hati.

esoknya...
mairah mengenakan blouse merah dengan seluar putih. tanpa mekap. dengan seutar rantai leher milik arwah mamanya dan jam pemberian sahabat baiknya, nuri. qalis tiba dengan sebuah bagasi dan plastik beg..wajahnya selamba, wajah mairah merah padam. zaidah memulakan bicara dalam kereta " macam mana dengan masalah projek kamu tu ?" 
" semua dah selesai mak cik . mairah buat apa sekarang."
" dalam kereta on the way nak balik .. ehhh..tak..uruskan klinik haiwan abang man." jawab mairah yang gelabah sampai tersalah cakap.
" doktor la ni "
" lebih kurang la."
" dah siap ke nak nikah esok? "
ohhh,. mesti ibu dengan qalis ni berpakat. ok ! fine..mairah memilih untuk berdiam diri.

sampai di rumah ,
" ibu jual mairah ehh?"
" tak, semua ni untuk kebaikan mairah jugak. kamu takkan faham "
" memang ! mustahil untuk mairah faham !! ibu tak pernah ambil tahu tentang mairah tiba-tiba ibu nak putuskan jalan hidup mairah"
" ibu tak nak bertekak dengan mairah . esok bangun awal"

hari pernikahan ,
"sah!"
"sah!"
" alhamdulillah !"
senyuman terukir di bibir qalis, zaidah dan seluruh ahli keluarga mairah. tapi mairah masih hairan. selepas cincin disarung mairah masih bingung. sesi bergambar berjalan lancar dengan senyuman palsu mairah.

memang aku masih sayangkan qalis tapi kenapa terlalu cepat? ini muslihat ibu atau qalis? mereka berpakat. mereka sayang aku tapi kenapa mereka sanggup buat aku macam ni. apa sebenarnya yang berlaku..

mairah mengumpul kekuatan untuk bertanya . 
" apa sebenarnya yang berlaku ?kenapa terburu-buru ?"soal mairah
" benda baik kena cepat-cepatkan" jawab qalis
" kalau awak betul-betul sayang saya, tolong jujur"
" sebab saya takut awak akan jatuh ke tangan orang lain. saya tak nak awak jadi milik orang lain sebab .."
" sebab apa..??"
" sebab awak la !!"
mairah terkejut.tersentak dengan suara kuat qalis.
" apa saya buat ??"
" awak curi hati hati saya tak nak pulangkan balik, awak ambil tulang rusuk kanan saya, awak sakitkan hati saya, awak senangkan hati saya.. tapi kerana awak takut awak akan mempermainkan saya , awak buat hal supaya kita putus. geram betul saya , awak ego , saya ego. kita pun pisah . dari form 3 kita kapel tiba-tiba putus macam tu ja. mana boleh ! satu saat dah cukup untuk buat saya jatuh hati dengan awak.saya rindu awak gila , kalau saya letak kepala ni dalam mesin basuh pun saya tak boleh padam awak dari fikiran saya. nasib baik ibu awak ada"
mairah hampir ternganga. 
" awak ni ngada-ngada la. tak ke mananya saya ni . saya ingatkan awak betul-betul setuju kita pisah."
" ego "
" thanks awak. love you "
" thanks kat awak jugak. love you too sampai bila-bila."

" ibu . thankss."
" kan ibu dah cakap semua ni untuk mairah jugak"
qalis yang menuruni anak tangga terdengar perbualan mereka.
" ibu orang tu dah tak tengok gambar saya ?"sindir qalis.
" tak kot , mengelamun pun dah kurang ehh, tak mengelamun lagi dah "
" ibu !! ini tak adil !" balas mairah.
" semalam dia tak ngigau dah ibu "
mairah memuncungkan mulutnya tanda protes. semakin galak pula qalis mengusik..
semoga bahagia qalis & mairah



* aku menulis tanpa memikirkan effect yang akan aku hadapi. suka-suka ja.! masa cuti bulan 3 2011.hope you like it friend!!

Saturday, March 12, 2011

MULUT

setelah lama tak menaip di sini.. aku dapat topik best ni dari kotak fikiran aku. tak fikir out of the box sebab aku rasa semua ni ada pada semua orang.

mulut yang lancar atau petah berkata-kata adalah anugerah yang terbest dari allah  bagi pendapat aku. tapi ada pulak yang terlebih petah , maksud aku mulut jahat atau mulut touch n go ( macam aku ).

orang yang mulut jenis ni memang akan menghadapi banyak masalah dengan kawan-kawan atau orang sekeliling.
 bercakap atas pengalaman , orang akan isolate orang yang bermulut jahat. contahnya, bile kita tersakitkan hati seseorang , orang tu akan luahkan kat orang lain , dan orang lain pun akan jauhi kita untuk elakkan diri daripada terasa , ada jugak yang balas balik dengan menyakitkan hati kita , semua ni adalah tindakan yang wajar seorang manusia yang ada perasaan akan buat. orang yang bersalah tu patut sedar dan berubah.

tapi pada pendapat aku . adalah lebih baik kita face to face dengan orang yang bermulut jaha t ni supaya tindakan kita atau tindakan dia tak efek sesiapa , maksud aku tak menjejas emosi dan hubungan kita sesama manusia. ayat yang patut kita cakap ialah " weh , aku tak berapa senang la dengan percakapan hang yang......." , tegur lah dengan ayat yang lembut sebab orang yang bermulut jahat ni selalunya panas baran .

ok ! itu saja ! nak sambung buat ole-ole.daaaaa!