Tuesday, December 27, 2011

tanpa tajuk

dah lama tak taip,tak tau nak taip apa. baru baru ni pergi ambil kakak kat uia nilai..best.alang alang dah sampai nilai SHOPPING la..gila murahh.kain 4 RM100..takajuit eden.dah tu spend a night kat taman sering ukays,rumah uncle nan,kawan ayah..esoknya, SHOPPING kat jalan tar naik lrt..aku ingat lagi last aku naik lrt masa darjah 6..tak ada perasaan lagi masa tu..sekarang baru aku dapat rasa benefit lrt tu.the next day , a funny and horrible journey began.mencari rumah acu kat pj..sesat selalu.nasib baik ada gps..walaupun gps tu menyakitkan telinga tapi dia sangat sangat membantu.after a  night sleeping with 3 tigers which roars through their  dream , SHOPPING lagi kat sunway pyramid..masa parking aku ternampak 2 gagak..gagak tengah minum arak..kurang ajar betul..orang malaysia tak minum depan orang ramai pun,ni orang luar masuk malaysia buat sesuka hati..harap harap usaha polis dan kerajaan untuk tangkap gagak gagak ni berjaya..

ok, next point...
SHOPPING , penat . kenapa perempuan suka shopping?? aku pun perempuan tapi aku rasa pelik laa. memang seronok tapi tu la pelik..aku tak pernah jumpa lagi lelaki yang gila shopping..kalau ada tolong tonjolkan diri anda..ayah teman aku , mak , kakak , shopping sampai dia surrender..ayah kata "jom balik,boring la ".hahhahaaa..kesian . aku rasa ayah perlukan anak lelaki..ya tak ??




Friday, October 21, 2011

BARIUM'S STORY

 hujan . momen momen dengan kawan kawan sekelas memang best . hari ni kami kena tanam pokok untuk merealisasikan tema sekolah iaitu keterampilan dan kelestarian alam sekitar dan ini merupakan pertandingan sempena hari merdeka.. ok .
selaku lelaki mereka , zahid , danish , rahul , acap , suffi , along , nizar ambil tanah . kami selaku perempuan sekadar bantu setakat kudrat yang halus ni mampu lah..then , in the drizzle kami isi kork dengan tanah yang berwarna teh ais dan hitam.. main tanah sangat menyeronokkan, teringat zaman kanak kanak. main hujan !! pergh ! terbaik . aku sempat main sebab terlalu banyak tangan yang nak menanam. bayangkan lah 23 darab 2 tangan yang nak menanam pokok dalam kork yang sebesar meja belajar . the ends with a bright smile on each others face .
 
acap (jawa) menanam

                                                               
                                                                      menggaul tanah
                                                                   
                                                                           fatin dan farah

                                                                   
                                                                           tashi (red ) and me





                                                           king (yellow)  tolak kereta sorong


                                                                                we're happy

 
                                                                     ellis (oren) and me

                                                                           
                                                            dia ( danish a.k.a gabai ) sorang ja senyum




                                         
                                                                  the monitor zahid (green)

Friday, July 8, 2011

MERENTAS DESA DAN HARI GURU

ok..straight to the point...ni event besar pertama yang 1011 TRANSCENDENTS handle..penaat.tapi seronok tengok cecikgu dan adik-adik tayang gusi..senyum ..kalau hari hari cikgu tengok kami main-main , hari ni kami pulak tengok cikgu main-main..very cute, very childish. that makes me cry to leave this school.
ok..that day start with merentas desa sejauh 6km bagi puteri dan 8km bagi putera...mula dari pintu pagar sekolah , masuk ladang kelapa sawit..i'm fascinated as aku tak pernah tengok sawi secara live..aku main-main kelapa sawit dulu..then, lari kat belakang sekolah ke tepi sekolah dan kembali ke pintu pagar sekolah...rehat dulu, minum minum..then, masuk dewan dengar utusan hari guru dan the best part ever is persembahan cecikgu. terbaik..dalam pukul 11 , ada sukaneka , badminton , futsal , bola jaring antara cikgu and students. aku sempat tengok bola jaring dengan futsal ja sebab court sebelah sebelahDAHSYAT sangat tengok cecikgu main bola jaring..pro gila. tengok cecikgu lawan makan durian.. seronok tengok cikgu gelak.. MALAMNYA , it's kemuncak..malam tu start dengan perarakan masuk cecikgu ke dalam dewan diiringi 1011 TRANSCENDENTS...disertai dengan suara lunak HUSSEIN mendendangkan lagu YOU RAISED ME UP. then, semua orang boleh makan.. ada satay, nasi goreng , ayam bakar and many more. lepas tu, tengok persembahan cecikgu, pemberian anugerah kepada cecikgu..then, bersurai..btw, thanks to adik-adik sebab tolong kemaskan dewan semula.!! 




mama main hoki !!









 we love karaoke !!

 abah !! terbaik !!!

 us.. 1011 transcendents.

 mama dan cikgu nurul.




cikgu wan tu.. selalu main nombor ja, hari ni main bola..

on your mark , get set ! larii !!
 bila cikgu nahar main bola.....

hussein.

photos 
credits to ijj,farah ainul

Thursday, June 9, 2011

KUCING


tengku rayyan morris..hee, tu  la nama kucing belaan ASPURI SMSKB.. comel sangat, mula mula kucing tu kami jumpa dekat bilik bagasi serphen phoenix aras 1, entah manusia mana yang letak dia kat bilik utiliti aras bawah..ok la. tak payah la dia nak panjat tangga kalau nak pergi main main..tau tak mak morris tinggal morris macam tu ja....kami kesian kat morris jadi kami jagalah dia. bagi makan, main sama sama..moralnya , sebagai manusia yang mak kita jaga kita sebaik-baiknya, sampai nyamuk tak dapat can nak hinggap kat badan kita, tak pernah tau apa itu kelaparan, kita kenalah BERSYUKUR . tadi ada seekor kucing kelabu ni , dia termakan semut yang telah disembur dengan shieldtox. aku tengok kucing tu macam dah mabuk ja..mak su aku pun bagi la air kat dia . tapi dia belah macam tu ja, tak minum pun. takut gamaknya.. kesian kau kucing. mak kau entah ke mana..harap harap kau selamat..kat sekolah aku ada seekor kucing betina ni , hampir setiap bulan dia bunting , aku panggil dia PLAYGIRL. ya la setahu aku dia seekor ja kucing betina kat sekolah aku .

pesanan kepada ibu-ibu :

  • jaga anak baik baik mungkin itu anak yang pertama dan terakhir
  • anak itu AMANAH ALLAH kalau buruk anda ajar , buruklah jadinya
  • jangan jadi ibu yang berat sebelah nanti anak balas balik..maksudnya..fikir sendirilah susah nak ulas..
  • remember what you get is what you give, kalau anda layan mak anda dengan penuh kasih sayang , begitu juga anak anda akan layan anda.
itu ja la kot untuk hari ni . harap harap anda faham mesej saya...

Saturday, June 4, 2011

from facebook

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm... baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah... apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala.
Sedarlah wahai insan, kasih sayang Allah itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia

Thursday, June 2, 2011

1011 TRANSCENDENTS

hari ni aku nak menaip tentang batch aku , TRANSCENDENTS
ketua batch : zaim aiman 
penolong ketua batch : suhanani





kami semua terlalu ramai . nak taip nama sorang sorang pun tak larat rasanya . masa ni kami ditahan daripada pulang bermalam sebab ada kelas sebagai persediaan untuk SPM ... bagus jugak buat kelas sebab kalau cikgu cikgu tak buat rasanya , aku tak sentuh buku aku .. thanks cikgu .. selama 2 tahun kat sekolah ni , banyak yang aku dapat .. antaranya . macam mana nak 'handle' adik adik ... mula mula tekanan jugak sebab aku tak pernah ada adik .. bila kat sekolah aku ada adik, best sangat ,.. aku dapat kawan yang sangat caring, friendly, gila gila, bijak sangat . ! aku sayang hampa !! walaupun hubungan budak lelaki dan perempuan kurang baik dulu , sekarang ni aku rasa semua dah membaik .. aku suka !! 
9A+ TRANSCENDENTS !

photos : credits to ijj ( intan jamilah juhan )

Sunday, April 17, 2011

JANGAN CAKAP MACAM TU.

pernah tak bila anda digalakkan atau lebih sesuai  menyertai satu pertandingan separa rela , dan nak memanjangkan cerita , anda menang . bila anda balik daripada pertandingan , anda diperli oleh sesetengah pihak , seolah-olah tindakan anda menyertai pertandingan tersebut adalah tindakan yang salah ?

memang menyakitkan . mulut orang memang tak boleh ditutup . manusia sentiasa tak puas hati dengan tindakan orang lain . terlalu mementingkan diri . tak perlulah disebut-sebut ketidakpuasan hati itu depan orang ramai . bincang elok-elok . tak fikir perasaan orang .

kemenangan itu dah menaikkan nama sesebuah organisasi yang telah banyak menyumbang dalam hidup lebih-lebih lagi pelajaran tapi ada pula pihak yang tidak menyenangi kemenangan itu . apa ini manusia ? 

wahai manusia ! kata-katamu membuat kemenangan itu sia-sia . jangan penting diri . kalau mereka gagal bukan manusia itu seorang saja yang berdepan masalah . tolonglah ! mereka juga tidak berharap untuk menang . rezeki dari Dia , tak siapa mampu menolak . hentikan fikir tekanan sendiri .! mereka juga manusia berperasaan .

CANTIK

tajuk ni timbul masa aku tengah online kat sebuah cc dekat dengan restoran yang dirahsiakan namanya.. akak kaunter tu cantik pakai tudung senua lengkap tutup aurat. aku ni tengah semangat nak dengar lagu..memandangkan aku tak pernah online kat cc ni aku tanya la kat mana aku boleh dapatkan headphone..
dengan muka hodoh akak tu jawab " p mintak kat kaunter !"
kedebushh ! aku rasa macam jatuh tangga . tersentak. terkejut . macam kena rasuk pun ada akak tu..

pesanan saya untuk akak...
  • muka dah cantik , tutur bicara tu jagalah sikit. dari cantik terus jadi hodoh lepas dengar suara akak.
  • saya tahu akak penat layan cikgu kay sebelah saya yang agak cerewet tentang gambar anak-anak muridnya , tapi tak adil untuk akak lepaskan kepenatan akak denga meninggikan suara kat saya..
BUDI BAHASA BUDAYA KITA

HEY FRIEND !!

                                                                                                      
SMSKB 2nd BATCH .

first time aku tahu apa itu 'BATCH'.. aku suka, sayang sangat batch ni. 1011 TranScenDents.. walaupun ada masa aku harap lelaki dan perempuan dipisah sebab kekangan teamwork yang tak boleh nak berjalan lancar. susah sangat.. tengoklah semua sekolah top-top, sekolah yang tak campur..kenapa masih nak buat sekolah campur..??. meh aku jawab sendiri.. sebab lelaki dan perempuan saling melengkapi !!!. sebab lelaki dan perempuan ada skill yang berbeza. aku marah bila lelaki sorak-sorakkan orang lain . tambah-tambah kalau orang tu perempuan .. come on la wey. !! bak kata along, jangan jadi radio active. !

at the same time, aku rasa geram dengan budak lelaki sebab lelaki ni pandai..cikgu cakap sekali dah dapat tangkap.. bengang betul.!

jom TranScenDents !! rock the world . SPM 2011 SMSKB TERBAIK !! MENCIPTA NAMA DI PERSADA DUNIA !

* tak boleh letak gambar budak lelaki !!