Thursday, June 9, 2011

KUCING


tengku rayyan morris..hee, tu  la nama kucing belaan ASPURI SMSKB.. comel sangat, mula mula kucing tu kami jumpa dekat bilik bagasi serphen phoenix aras 1, entah manusia mana yang letak dia kat bilik utiliti aras bawah..ok la. tak payah la dia nak panjat tangga kalau nak pergi main main..tau tak mak morris tinggal morris macam tu ja....kami kesian kat morris jadi kami jagalah dia. bagi makan, main sama sama..moralnya , sebagai manusia yang mak kita jaga kita sebaik-baiknya, sampai nyamuk tak dapat can nak hinggap kat badan kita, tak pernah tau apa itu kelaparan, kita kenalah BERSYUKUR . tadi ada seekor kucing kelabu ni , dia termakan semut yang telah disembur dengan shieldtox. aku tengok kucing tu macam dah mabuk ja..mak su aku pun bagi la air kat dia . tapi dia belah macam tu ja, tak minum pun. takut gamaknya.. kesian kau kucing. mak kau entah ke mana..harap harap kau selamat..kat sekolah aku ada seekor kucing betina ni , hampir setiap bulan dia bunting , aku panggil dia PLAYGIRL. ya la setahu aku dia seekor ja kucing betina kat sekolah aku .

pesanan kepada ibu-ibu :

  • jaga anak baik baik mungkin itu anak yang pertama dan terakhir
  • anak itu AMANAH ALLAH kalau buruk anda ajar , buruklah jadinya
  • jangan jadi ibu yang berat sebelah nanti anak balas balik..maksudnya..fikir sendirilah susah nak ulas..
  • remember what you get is what you give, kalau anda layan mak anda dengan penuh kasih sayang , begitu juga anak anda akan layan anda.
itu ja la kot untuk hari ni . harap harap anda faham mesej saya...

Saturday, June 4, 2011

from facebook

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm... baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah... apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala.
Sedarlah wahai insan, kasih sayang Allah itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia

Thursday, June 2, 2011

1011 TRANSCENDENTS

hari ni aku nak menaip tentang batch aku , TRANSCENDENTS
ketua batch : zaim aiman 
penolong ketua batch : suhanani





kami semua terlalu ramai . nak taip nama sorang sorang pun tak larat rasanya . masa ni kami ditahan daripada pulang bermalam sebab ada kelas sebagai persediaan untuk SPM ... bagus jugak buat kelas sebab kalau cikgu cikgu tak buat rasanya , aku tak sentuh buku aku .. thanks cikgu .. selama 2 tahun kat sekolah ni , banyak yang aku dapat .. antaranya . macam mana nak 'handle' adik adik ... mula mula tekanan jugak sebab aku tak pernah ada adik .. bila kat sekolah aku ada adik, best sangat ,.. aku dapat kawan yang sangat caring, friendly, gila gila, bijak sangat . ! aku sayang hampa !! walaupun hubungan budak lelaki dan perempuan kurang baik dulu , sekarang ni aku rasa semua dah membaik .. aku suka !! 
9A+ TRANSCENDENTS !

photos : credits to ijj ( intan jamilah juhan )